Wednesday, June 30, 2010

Bola

Bila sampai musim bola,aku teringat kat jiran aku kami panggil dia pak cik.Pak cik ni orang perlis ,memang gila tengok bola.kalau tengok bola dia tak boleh duduk diam. Bila bola dekat ngan gol dia mesti bangun dan sebut tendang sambil menggayakan orang nak score gol.Bila penyerang rembat dia pun rembat.Itulah pak cik yang aku kenal.Pada suatu hari, semasa satu perlawanan piala dunia.
Dia tengok bola ngan anak-anak dia.Anak yang kecik sekali duduk depan ,tah macam mana semasa
pasukan kegemarannya sedang membawa bola depan pintu gol,dia dah pun bangun sambil sebut tendang,tendang,tendang.....penyerang tu pun tendang....dia pun tendang...pom bunyi kuat kedengaran.........bini dia lari pegi tengok....rupanya pak cik dah terscore anaknya yang kecik masuk bawah TV....Selak budak tu meraung.....tapi Pakcik puas pasukan pilihannyanya menang.Itulah pak cik yang aku kenal...........Hidup Brazil....

No comments: