Tuesday, January 13, 2009

takut

...assalamualaikum....
Takziah aku ucapkan kepada keluarga kawan aku ..Allahyarham cikgu Sani (kemalangan balik kerja) ..Aku nak cerita sikit kawan aku ni.Dulu dia kawan aku masa sama sekolah rendah.Orangnya sangat baik.Masa aku mula-mula mengajar dulu,mereka nilah yang aku kenal dulu.Selepas itu dia naik pangkat kat bentong.Kerja Kat PPD Beentong.Yang aku nak cerita dia ni pun berulang macam aku.Bezanya dia memang kena berulang sebab PPD ada satu sahaja.Aku pula berulang lagi jauh ,bezanya daerah aku ni banyak sekolah.Aku takut satu hari aku pun akan jadi macam dia (Minta simpang la),tapi atas jalan memang tak boleh diduga apa nak jadi.Aku hari-hari bawa keluarga s,semua anak-anak aku dan juga isteri.Aku juga pernah kemalangan tapi taklah teruk.Aku masih berharap Pegawai Bahagian pertukaran yang ada sekarang tengok-tengoklah masalah orang seperti aku ni.tq

Tuesday, January 6, 2009

Salam

Salam buat kawan -kawan lama dan baru yang banyak membantu aku dalam semua urusan untuk tahun -tahun yang lalu.Sekarang tahun baru,aku masih lagi mengharap bantuan kalian dalam urusan-urusan tertentu hidup aku.Segala budi kau orang akan aku kenang dalam setiap saat hidup aku.Bagi Sam yang masih mengimpikan tanah,sabar InsyaAllah rezeki akan ada.Akbar ! aku punya sifu,Sorry cuti tak boleh keluar minum .Banyak urusan keluarga.Pah,Hasnan,Dek na,Din,Farid,ustad Nas,dan semua kawan M4p,InsyaAllah kita akan berjumpa.
Aku masih di tempat lama ,Maksudnya tak di tukarkan lagi.Aku pun tak tau apalah malang nasib aku.Aku dah letih drive jauh-jauh.Kesian anak-anak aku kena bangun awal lagi tiap-tiap pagi.Along dah duduk kat asrama TAHAP.
Sekali lagi aku berdoa bagi tahun 2009 ini aku dan kau orang semua yang kenal aku akan lebih berjaya lagi ,walaupun pasaran Komoditi jatuh merudum.InsyaAllah.