Monday, July 5, 2010

MY LOVE


BERSAMA DENGAN ANAK- ANAK PEREMPUAN AKU KAT PD.DEPA NI MEMANG KETAGIH MANDI KOLAM NI...................

Wednesday, June 30, 2010

Bola

Bila sampai musim bola,aku teringat kat jiran aku kami panggil dia pak cik.Pak cik ni orang perlis ,memang gila tengok bola.kalau tengok bola dia tak boleh duduk diam. Bila bola dekat ngan gol dia mesti bangun dan sebut tendang sambil menggayakan orang nak score gol.Bila penyerang rembat dia pun rembat.Itulah pak cik yang aku kenal.Pada suatu hari, semasa satu perlawanan piala dunia.
Dia tengok bola ngan anak-anak dia.Anak yang kecik sekali duduk depan ,tah macam mana semasa
pasukan kegemarannya sedang membawa bola depan pintu gol,dia dah pun bangun sambil sebut tendang,tendang,tendang.....penyerang tu pun tendang....dia pun tendang...pom bunyi kuat kedengaran.........bini dia lari pegi tengok....rupanya pak cik dah terscore anaknya yang kecik masuk bawah TV....Selak budak tu meraung.....tapi Pakcik puas pasukan pilihannyanya menang.Itulah pak cik yang aku kenal...........Hidup Brazil....

Wednesday, June 2, 2010

reunion

Berdebar-debar aku menunggu YM Raja mengambil aku di Jalan Penjara Taiping.Lama juga tunggu Si Raja ni..Suspen juga.Bayangkan dah 17 tahun tak jumpa alih-alih hari ni nak jumpa.Macam jejak kasih pun ada.Bila nampak saja Wira merah yang raja bawa aku macam nak menitis air mata syahdu.Apa yang aku idam kan nak reunion telah termakbul.Aku mengikut kereta Raja Ke Kamalodge yang di janjikan. Bila sampai saja ,Sharifah dah sedia ngan kamera ambil gambar kami.Petang tu kami sembang puas-puas.Walaupun tak ramai tapi aku rasa berbaloi aku datang jauh dari Temerloh Ke Taiping.Lepas makan malam tu kami sembang lagi.Akhir sekali pukul tiga pagi tinggal aku ngan Raja jadi dugong dalam kolam Kamalodge...Gambar tak ada ,kalau tak boleh buat kenangan.

Salam kepada semua Pelatih M4P.......I Love U.....

Monday, May 24, 2010

RELAX MINDA

BERSAMA ANAK BONGSU,RELAX MINDA KAT PD.SYOK JUGA RONDA-RONDA NGAN BOT.BIASA NAIK KETA,HARI NI NAIK BOT .RASA TAK MAU TURUN PULAK.TAK NAK TURUN TAK APA KATA PACIK TU,BAYAR MAU LEBIH.....ITU YANG KANTOI.

Friday, May 21, 2010

kolam kesayangan


Dah tua-tua ni ,kenalah ada tempat nak layan stress.Ini kolam ikan kap aku,tempat aku layan perasaan,sambil bagi makan ikan aku tu.Ni kolam depan umah aku.Mai la jalan umah kalau nak tengok.

REUNION M4P

AKU DENGAR KAWAN-KAWAN MP4 NAK REUNION,BEST JUGA.MAKLUMAT TAK DAPAT PENUH LAGI.KALAU ADA SAPA-SAPA TAU,ANTARLAH MAKLUMAT CIKIT.KALAU AKU TAK PEGI PUN ,SAMPAIKAN SALAM PADA KAWAN-KAWAN LAIN.SEMUA KALIAN SERING BERMAIN DALAM KOTAK FIKIRAN AKU.

SELAMAT ARIOS

SONOK NAK TENGOK KAWAN-KAWAN YANG DAH SEMAKIN BERUMUR ......HE HE HE

Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

Friday, March 5, 2010

DADAH


Dah lama aku tak nyanyi lagu ni.Semalam aku berceramah di Sk Bukit damar ,sempat nyanyi lagu ni untuk murid-murid bukit damar.Ini lagu lama.Kira sekarang Evergreenlah.

DADAH DURJANA

DADAH DURJANA KAU PENGHANCUR BANGSA
KAU MUSUH RAKYAT KAU MUSUH NEGARA
KINI KAMI TEGUH KINI KAMI KUAT
DADAH KAMI TEMPUH HANCUR DADAH JAYA RAKYAT

KAMI ANTI DADAH KAMI BENCI PADAMU
SEKUTU KITA PERANGI DADAH
MULIA BANGSA TANPAMU

MARI SEMUA MARI SAUDARA
JANGAN HABISKAN USIA MUDA
SEMANGAT BANGSA BERGELORA
TANPA DADAH KITA BERJASA...........................

Monday, February 8, 2010

Aman dan damai


Sekiranya kita fikirkan apa yang kita nikmati sekarang,Allahuakhbar tak ternilainya rezeki yang kita nikmati sekarang.Negara yang aman damai dengan berbagai kemudahan yang ada betapa hebatnya pemberian yang Maha Kuasa kepada kita.Tapi pernah kita ingat bahawa nikmat yang di pinjamkan kepada kita itu dari siapa.Adakah kita masih lagi menganggap itu adalah dari kebijaksanaan manusia semata-mata.Kadang -kadang sedih melihat pelbagai karenah manusia yang hidup dalam dunia yang serba sempurna ini tetapi manusia itu masih lagi tidak sempurna akalnya.Seharusnya dengan kedamaian itu manusia hidup damai,seharusnya dengan keamanan itu manusia hidup aman.Bangunlah wahai khalifah dunia perbaiki adab dan akhlak kita,InsyaAllah kita akan mendapat iman yang sempurna...................

Tuesday, February 2, 2010

Untuk di jual


Kereta Proton Wira untuk dijual.Kepada kawan-kawan yang berminat bolehlah konteks aku.
Ini model 1997 Auto - Kaburator -Leather seat,Sport rim, Metalic.

Sunday, January 24, 2010

KAUNSELING


Aku ingat aku dah selamat dari tugas memberi nasihat,ceramah,dan berkongsi pendapat dengan orang.Tugas dalam kelas tak lama bagi aku.Kini aku berada dalam konti aku semula. Aku telah di kembalikan ke post lama aku iaitu bimbingan dan kaunseling di sekolah baru iaitu SK Paya Pulai............................ARIOSSSSSSSSS WAKENA BEB..........