Monday, November 23, 2009

LAGI-LAGI KELUARGA AKU

Ini gambar tok aku ngan makcik aku.Masa ni nak pegi
meminang untuk adik aku Abot.Tok aku ni tinggal kat kedah
dah lama tak datang.Ini dia datang lama sikit,kalau tak
biasanya dua tiga hari dah nak balik.Ini dah bertahan 2 bulan.
Mak cik aku ni sekarang kat Mekah buat haji,bulan 12 baru balik.



Ini view rumah aku kat jengka.Budak pompuan ni,anak aku juga.

Ini semua pemancing sejati.Musim cuti ni ramailah sikit rumah ni.

Saturday, November 21, 2009

BERNIAGA


Cuti sekolah dah bermula.Kalau tido saja kat
umah rugi juga.Biasa kalau time cuti ni aku
suka jual ikan dan juga menjaring ngan
adik beradik aku.Semalam aku ada jumpa member2
seperjuangan,semua dah ada aktiviti masing2
tinggal aku saja lagi yang tak ada aktiviti.Nak ke kebun
sejuk,maklumlah musim tengkujuh.Tapi aku
yang aku akan ada satu perniagaan masa cuti nanti.
Aku nak jual tepung goreng pisang dari Kedah.
Kabonya kat kedah sangat lah laris.Tak mahal satu
singgit aje.Op lupa...apa kena mengena ngan
gambar kat atas.Sebenarnya gambar ustaz
sebelah aku ni toke....toke habatussauda barakah
ngan mahkota dewa...Sapa nak kontek aku......

Friday, November 20, 2009

Pancing Malam

Baju merah ni anak aku.Ini aktiviti memancing
malam.


Thursday, November 19, 2009

HASIL KOLAM AKU


Inilah hasil dari kolam aku.Banyak jasa kolam ni kat aku.
kalau jumpa aku kat pekan sari jual ikan maknanya tengah sesak le.
Tak mahal sekilo RM 8 hinggit aje.............


Friday, November 13, 2009

KOLAM IKAN AKU

Saat aku boring,inilah tempat yang paling bahagia
buat aku.Duduk atas pondok sambil tengok
anak isteri aku memancing.Budak-budak yang
ramai-ramai tu anak buah aku.Kolam ni kat depan
rumah aku saja.

Monday, November 9, 2009

Ini gambar keluarga aku masa di Port Dickson

Sunday, September 27, 2009

Me and my wife

Ini gambar raya kat kampung.Kampung tak jauh ,kat jengka aje.Sekarang raya dah tak meriah macam dulu-dulu.Dulu kalau aku raya sampai habis semua rumah kat jengka tu aku pegi.Tapi sekarang nak jumpa budak-budak raya macam nak jumpa emas.Anak-anak aku puas aku suruh pegi beraya, dia orang kata malu la...macam -macam alasan.Rela tengok TV satu hari.

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA SANAK SAUDARA ,SAHABAT HANDAI DAN SEMUA YANG MENGENALI KELUARGA INI.

Selamat Hari Raya- amir,aiman,sir rahim,ustaz sarif,ustaz fairuzaman,zahi,mas,wari,li,kamal(GB),kamil,hj,kak long ,azah,era,jana,noriah,rahimah,ramlah,zaharatul,wan,kak ba,anis,isteri mas,budin dan semua la yang ada kat lakum tu,,,,....dah pening aku nak pikir.....Tanjung batu pun semua laaa....kat dunia ni pun semua la..................

Aku sebenarnya dah 4 hari tak bangun kerana demam................ masa orang raya aku tido aja kat rumah.........boring2 tu yang aku sempat buka blog ni ...ingat nak tulis nama semua orang tapi kena beberapa nama kepala aku makin pening balik..........................

Kepada geng M4p moga kalian diberkati , panjang umurdan murah rezeki,,,,,,,,SELAMAT HARI RAYA.....

Aku nak tido balik ni , SELAMAT HARI RAYA....................

Sorry ada lagi,.....Geng kriket aku........ketua jurulatih...Akhbar,zali dan samsul-tido kriket,makan kriket,kuih batang buruk kriket,tat bola kriket,roll stum,......................SELAMAT HARI RAYA..

Tuesday, June 23, 2009

Belajar

Kawan -kawan aku semua dah belajar, tinggal aku sorang lagi.Bila jumpa depa mesti tanya bila aku nak belajar lagi.Sebenarnya aku dah dua kali ditawarkan belajar.Kalau diikutkan aku dah 2 kali masuk U tapi dua-duanya aku tak pegi.Kalau ikut menyesal,menyesal juga.Mungkin masanya belum sampai lagi.Tapi tahun ni aku bertekad yang aku akan mohon sekali lagi,kalau diterima aku akan pegi.Aku berharap kalau aku belajar kali ini kawan-kawan yang dah ada ijazah ni akan dapat bantu aku...ok tak.Sebenarnya aku ni dalam hutan sekarang, tak tau apa nak tulis.Mata pun dah agak laloq ni,///????????????????sorrylah ......

Thursday, June 18, 2009

Buku

Sedang aku berehat dalam bilik guru ,tiba-tiba datang seorang budak muda.Kelibatnya aku dah agak ,dia seorang penjual buku.Buku yang dibawa kali ini ialah buku Sejarah Perjalanan Hidup Rasullullah.Harganya agak mahal RM290.Aku termenung sejenak.Aku memang suka membaca.Tapi mengenangkan harganya yang agak tinggi,kecut perut juga dibuatnya.Tak pernah lagi aku beli buku yang harganya sebegitu.Aku sangat berminat dengan buku tersebut.Pujuk punya pujuk boleh empat kali bayar.Aku pun ambil satu....sekarang aku dah miliki buku tersebut.Apa yang aku nak beritahu ialah banyak benda yang kita tak pernah dengar tentang perjalanan hidup Rasulullah ini ,ada dalam buku tersebut...Nanti aku akan publish kan untuk kawan-kawan semua...............bye

Wednesday, June 17, 2009

Takziah

Suatu petang mesej tpon aku berbunyi.Mesejnya kawan baik aku Tn Hj Rahimin(Seri Biram ,Pekan) telah kembali ke Rahmatullah.Innalillah...itu sahaja yang dapat di ucapkan.Kepada ahli keluarga aku ingin merakamkan takziah atas kehilangan insan istimewa ini.
Semoga Rohnya akan dicucuri rahmat bersama dengan orang-orang yang soleh .Kepada rakan -rakan yang belum mendapat berita yang ada seluruh pelosok dunia ini semoga melalui blog ini akan mendapat berita itu dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham sahabat kita ini,terutama warga kaunseling dan ICT.

Tuesday, June 16, 2009

Tukar

Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya isteri aku dah dapat tukar.Lama dah menunggu sekarang barulah dapat.Tau kat mana.....? tak jauh dari umah aku..
SK Teluk Ira.Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu...Sekarang senang sikit keja aku kerana kami boleh pegi satu keta...one line..sekali lagi syukur Alhamdulillah

Tuesday, March 10, 2009

Hilang punca

Bercakap tentang umur ni aku rasa mungkin bila kita mati baru selesai.Kadang -kadang perwatakan kita nampak dah macam berumur tapi hati nak jadi muda lagi dan ada orang yang sebaliknya.Mungkin ini yang kita katakan kecelaruan apabila kita mencecah umur 40an.Sebab itu orang tua-tua dulu bagi had umur sampai 40 untuk membuat satu perubahan dalam diri kita.Ini kata orang tua-tua bukan dalam kitab.Sempena Maulidurrasul tahun ini kita semua diseru supaya berubah mencontohi Akhlak Rasulullah,inilah sebenarnya apa yang perlu kita ikuti dan amalkan serta ajar kepada anak-anak kita.Mungkin inilah resepi yang lama yang telah lama kita tinggalkan kerana enak dengan resepi-resepi baru yang nampak begitu lazat sekali,walaupun apa yang dimasukkan kedalam resepi itu entah apa-apa bahan yang mungkin tidak memberikan manafaat langsung kepada kita.Kalau anak- anak kita telah ditanamkan dengan cerita -cerita Akhlak Rasullullah ini dari kecil mungkin gejala sosial sekarang tidak sehebat macam sekarang.Buli, pukul,bunuh dan segala macam kes yang tak tercapai oleh akal manusia yang waras telah berlaku sekarang.Yang tua,yang muda, yang remaja, yang berpangkat, yang tak berpangkat , kaya ,miskin dan berbagai jenis manusia lagi macam dah hilang punca sekarang.Maaf aku katakan bahawa takut rasanya....untuk menghadapi hari-hari yang mendatang sekarang ini.
Mungkin juga aku juga hilang punca......
Sebagai renungan- Aku pernah dengar satu Doa yang berbunyi "Wahai tuhan yang membalik-balikkan hati balikkan lah hati ku ke arah Mu" selepas itu aku rajin baca doa ini..Wallahualam...Selamat menyambut MaulidurRasul....

Monday, February 9, 2009

Selamat Hari Lahir

8/2 .....ini tarikh hari jadi wife aku.. Selamat Hari Jadi kepada As daripada abang..
Bercerita tentang hari jadi ini,aku mungkin agak jumud sedikit. Mungkin dulu-dulu aku tak pernah sambut hari jadi ni.Kadang-kadang aku sendiri lupa hari jadi anak-anak ,isteri dan juga aku sendiri. Itu mungkin bagi aku .Tapi aku tengok orang sambut hari jadi macam buat kenduri kahwin.Ini mungkin dari kebiasaan seseorang. Walaubagaimanapun tahun ini aku ingat hari jadi wife aku.................SELAMAT HARI JADI........

Tuesday, January 13, 2009

takut

...assalamualaikum....
Takziah aku ucapkan kepada keluarga kawan aku ..Allahyarham cikgu Sani (kemalangan balik kerja) ..Aku nak cerita sikit kawan aku ni.Dulu dia kawan aku masa sama sekolah rendah.Orangnya sangat baik.Masa aku mula-mula mengajar dulu,mereka nilah yang aku kenal dulu.Selepas itu dia naik pangkat kat bentong.Kerja Kat PPD Beentong.Yang aku nak cerita dia ni pun berulang macam aku.Bezanya dia memang kena berulang sebab PPD ada satu sahaja.Aku pula berulang lagi jauh ,bezanya daerah aku ni banyak sekolah.Aku takut satu hari aku pun akan jadi macam dia (Minta simpang la),tapi atas jalan memang tak boleh diduga apa nak jadi.Aku hari-hari bawa keluarga s,semua anak-anak aku dan juga isteri.Aku juga pernah kemalangan tapi taklah teruk.Aku masih berharap Pegawai Bahagian pertukaran yang ada sekarang tengok-tengoklah masalah orang seperti aku ni.tq

Tuesday, January 6, 2009

Salam

Salam buat kawan -kawan lama dan baru yang banyak membantu aku dalam semua urusan untuk tahun -tahun yang lalu.Sekarang tahun baru,aku masih lagi mengharap bantuan kalian dalam urusan-urusan tertentu hidup aku.Segala budi kau orang akan aku kenang dalam setiap saat hidup aku.Bagi Sam yang masih mengimpikan tanah,sabar InsyaAllah rezeki akan ada.Akbar ! aku punya sifu,Sorry cuti tak boleh keluar minum .Banyak urusan keluarga.Pah,Hasnan,Dek na,Din,Farid,ustad Nas,dan semua kawan M4p,InsyaAllah kita akan berjumpa.
Aku masih di tempat lama ,Maksudnya tak di tukarkan lagi.Aku pun tak tau apalah malang nasib aku.Aku dah letih drive jauh-jauh.Kesian anak-anak aku kena bangun awal lagi tiap-tiap pagi.Along dah duduk kat asrama TAHAP.
Sekali lagi aku berdoa bagi tahun 2009 ini aku dan kau orang semua yang kenal aku akan lebih berjaya lagi ,walaupun pasaran Komoditi jatuh merudum.InsyaAllah.