Monday, November 23, 2009

LAGI-LAGI KELUARGA AKU

Ini gambar tok aku ngan makcik aku.Masa ni nak pegi
meminang untuk adik aku Abot.Tok aku ni tinggal kat kedah
dah lama tak datang.Ini dia datang lama sikit,kalau tak
biasanya dua tiga hari dah nak balik.Ini dah bertahan 2 bulan.
Mak cik aku ni sekarang kat Mekah buat haji,bulan 12 baru balik.



Ini view rumah aku kat jengka.Budak pompuan ni,anak aku juga.

Ini semua pemancing sejati.Musim cuti ni ramailah sikit rumah ni.

Saturday, November 21, 2009

BERNIAGA


Cuti sekolah dah bermula.Kalau tido saja kat
umah rugi juga.Biasa kalau time cuti ni aku
suka jual ikan dan juga menjaring ngan
adik beradik aku.Semalam aku ada jumpa member2
seperjuangan,semua dah ada aktiviti masing2
tinggal aku saja lagi yang tak ada aktiviti.Nak ke kebun
sejuk,maklumlah musim tengkujuh.Tapi aku
yang aku akan ada satu perniagaan masa cuti nanti.
Aku nak jual tepung goreng pisang dari Kedah.
Kabonya kat kedah sangat lah laris.Tak mahal satu
singgit aje.Op lupa...apa kena mengena ngan
gambar kat atas.Sebenarnya gambar ustaz
sebelah aku ni toke....toke habatussauda barakah
ngan mahkota dewa...Sapa nak kontek aku......

Friday, November 20, 2009

Pancing Malam

Baju merah ni anak aku.Ini aktiviti memancing
malam.


Thursday, November 19, 2009

HASIL KOLAM AKU


Inilah hasil dari kolam aku.Banyak jasa kolam ni kat aku.
kalau jumpa aku kat pekan sari jual ikan maknanya tengah sesak le.
Tak mahal sekilo RM 8 hinggit aje.............


Friday, November 13, 2009

KOLAM IKAN AKU

Saat aku boring,inilah tempat yang paling bahagia
buat aku.Duduk atas pondok sambil tengok
anak isteri aku memancing.Budak-budak yang
ramai-ramai tu anak buah aku.Kolam ni kat depan
rumah aku saja.

Monday, November 9, 2009

Ini gambar keluarga aku masa di Port Dickson