Tuesday, June 23, 2009

Belajar

Kawan -kawan aku semua dah belajar, tinggal aku sorang lagi.Bila jumpa depa mesti tanya bila aku nak belajar lagi.Sebenarnya aku dah dua kali ditawarkan belajar.Kalau diikutkan aku dah 2 kali masuk U tapi dua-duanya aku tak pegi.Kalau ikut menyesal,menyesal juga.Mungkin masanya belum sampai lagi.Tapi tahun ni aku bertekad yang aku akan mohon sekali lagi,kalau diterima aku akan pegi.Aku berharap kalau aku belajar kali ini kawan-kawan yang dah ada ijazah ni akan dapat bantu aku...ok tak.Sebenarnya aku ni dalam hutan sekarang, tak tau apa nak tulis.Mata pun dah agak laloq ni,///????????????????sorrylah ......

Thursday, June 18, 2009

Buku

Sedang aku berehat dalam bilik guru ,tiba-tiba datang seorang budak muda.Kelibatnya aku dah agak ,dia seorang penjual buku.Buku yang dibawa kali ini ialah buku Sejarah Perjalanan Hidup Rasullullah.Harganya agak mahal RM290.Aku termenung sejenak.Aku memang suka membaca.Tapi mengenangkan harganya yang agak tinggi,kecut perut juga dibuatnya.Tak pernah lagi aku beli buku yang harganya sebegitu.Aku sangat berminat dengan buku tersebut.Pujuk punya pujuk boleh empat kali bayar.Aku pun ambil satu....sekarang aku dah miliki buku tersebut.Apa yang aku nak beritahu ialah banyak benda yang kita tak pernah dengar tentang perjalanan hidup Rasulullah ini ,ada dalam buku tersebut...Nanti aku akan publish kan untuk kawan-kawan semua...............bye

Wednesday, June 17, 2009

Takziah

Suatu petang mesej tpon aku berbunyi.Mesejnya kawan baik aku Tn Hj Rahimin(Seri Biram ,Pekan) telah kembali ke Rahmatullah.Innalillah...itu sahaja yang dapat di ucapkan.Kepada ahli keluarga aku ingin merakamkan takziah atas kehilangan insan istimewa ini.
Semoga Rohnya akan dicucuri rahmat bersama dengan orang-orang yang soleh .Kepada rakan -rakan yang belum mendapat berita yang ada seluruh pelosok dunia ini semoga melalui blog ini akan mendapat berita itu dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham sahabat kita ini,terutama warga kaunseling dan ICT.

Tuesday, June 16, 2009

Tukar

Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya isteri aku dah dapat tukar.Lama dah menunggu sekarang barulah dapat.Tau kat mana.....? tak jauh dari umah aku..
SK Teluk Ira.Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu...Sekarang senang sikit keja aku kerana kami boleh pegi satu keta...one line..sekali lagi syukur Alhamdulillah