Thursday, October 30, 2008

CHIKUNGUYA

Kawasan aku sekarang hebat dilanda demam Chikunguya.Walaupun kesannya tak seteruk denggi tapi sakitnya menjadikan, badan kita sangat lemah.Badan kita akan mengalami sakit sendi yang sangat teruk selama 2-4 hari.Ada yang lebih teruk lagi akan mengalami lumpuh sementara.Bagi orang melayu selain ubat dari hospital ubat-ubat ciptaan sendiri menjadi pilihan.Kata kawan aku minumlah 100 Plus kita akan menjadi lebih bertenaga.Makcik kat sekolah aku kata makan sup ketam boleh menjadi penawar.Semua ini merupakan ikhtiar.....kalau teruk jumpalah doktor.

Wednesday, October 22, 2008

My hero tunggal

Untuk rakan-rakan ini gambar sulong anak jantan aku...Izzat

Thursday, October 9, 2008

Kursus LDP Daerah Temerloh Di Hotel Mega View

Gambar baru bangun tidur dengan Cikgu Akbar kat Mega View.

HASRAT

Kadang-kadang bukan semua hasrat kita tercapai dengan mudah.Kalau kita bandingkan dengan orang lain mungkin kadang-kadang kita rasa sesuatu yang kita buat itu macam lambat berjaya.Tapi kalau kita tengok orang lain mungkin kita rasa nasib begitu menyebelahinya.Ini merupakan nafsu semata-mata.Kelebihan orang ,kekurangan kita merupakan perasaan yang mungkin menjadi perdebatan dalam jiwa kita.Nafsu kita sentiasa bergolak untuk mencapai hasrat hati yang tidak pernah padam baranya.Bersyukur dengan apa yang ada,banyak ,sedikit,cantik, hodoh,kuat,lemah dll lagi merupakan dua sifat yang sememangnya telah di tentukan oleh Allah kepada makhluknya.Bersyukurlah......semoga dengan bersyukur itu Aku tambah lagi kenikmatan dan rezekinya........ InsyaAllah

Wednesday, October 8, 2008

Pemandangan Bandar Temerloh


Hayatilah Bandar Anda

Bandar Ikan Patin

Selamat Datang Ke Blog Bashah Family

Semoga gambar kenangan ini akan menjadi tatapan kepada semua bekas pelajar M4P yang sentiasa bermain difikiranku.


Selepas 15 tahun inilah gambar kenangan terbaru yang dapat dipaparkan.Diambil dalam bulan Ramadhan yang lalu.